SEMINAR PECUTAN AKHIR PT3/SPM – “GOOD2GREAT”

♡ Anda belum bersedia menghadapi exam
♡ Masih banyak subjek/bab yang belum cover
♡ Kepala berserabut dan diri yang tertekan
♡ Tiada motivasi diri

Seminar ini akan membantu anda menjadi lebih bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi peperiksaan yang makin hampir.
Dengan tenaga pembimbing yang profesional dan berpengalaman dalam bidang latihan pembangunan diri pelajar anda akan dibimbing secara praktik bagaimana menyiapkan diri untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Antara perkara yang akan dikongsi ialah
1) Bagaimana membina Minda Orang Cemerlang
2) Teknik ulangkaji saat akhir
3) Bagaimana untuk menguruskan masa yang berkesan
4) Bagaimana menguruskan emosi menjelang exam
5) Pantang larang exam

Bonus :
1. Latihan mengaktifkan otak kanan – Brain Gym
2. Tips di Dewan peperiksaan.
3. Peserta akan menerima EBOOK PECUT yang bernilai RM20.00 secara PERCUMA

TARIKH : 17/9/2016
TEMPAT : Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak
MASA : 8.00 pagi – 1.30 tengahari

BAYARAN : Hanya RM30.00 (Terhad)

PENDAFTARAN
2 Langkah mudah utk mendaftar
1) Buat bayaran RM30 ke akaun Maybank 5647 9911 3765, Rebutia Synergy Outdoor melalui m2u/ cdm/kaunter bank
2) Hantar bukti bayaran melalui whatsapp ke 010 5033 876 @ 019 665 6604 beserta
Nama peserta/No kp/umur.
Pihak kami akan menghantar pengesahan rasmi selepas bayaran diterima.

poster pecutan akhir 2

SAFOL ADLIE AHMADAN Kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera Awam selepas menamatkan pengajian di UTM, Skudai sebelum menumpukan perhatian sepenuh masa di dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri latihan beliau telah banyak mengendalikan program disemua peringkat meliputi sektor pendidikan mahupun korporat dalam dan luar negeri (Singapura) Beliau telah mengikuti program intensif ‘Coaching Living Into The Greatness With Two Method, Seminar Law Of Attraction : Magnet Kejayaan Dan OrganisasI dan Seminar Berani 2013. Beliau juga telah mengikuti program kejurulatihan Evolusi Gempak dan Train The Trainer Rahsia Otak Kanan merupakan ‘practitioner’ untuk the attractor Factor (Goal Praying) Dan Spriritual Emotion Freedom Technic (SEFT). Beliau juga terlibat sebagai jurulatih utama program PPRT anjuran KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH, Program Kecemerlangan Pelajar anjuran SEKRETARIAT MALAYSIA PRIHATIN (NGO NAUNGAN TUN JEANNE ABDULLAH), Program Kecemerlangan Kakitangan INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA, Team Building guru - guru MRSM, program Remaja Juvana JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, serta lain lain jabatan kerajaan dan bukan kerajaan. Beliau telah dilantik oleh Kolej Universiti Islam Selangor sebagai jurulatih bersama program SPICES anjuran kerajaan negeri Selangor.

View all contributions by

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment

  • shalina
    September 17, 2016, 8:35 PM

    Seminar yang amat bermanfaat😀😀 Terima kasih ayah long dan papa bob😇