Korporat

Antara produk yang kami tawarkan untuk korporat

Amalan Budaya Cemerlang

Kelebihan kursus ini ialah fokus kepada membentuk sikap positif dan proaktif melalui simulasi-simulasi yang amat releven dengan cabaran tempat kerja dan di rumah. Menghormati dan menafaatkan perbezaan motif individu, amalan bersyura, komunikasi terbuka, pengorbanan hubungan “win-win” ketua dan warga kerja, perbezaan lelaki (memimpin) dan wanita (mengurus), menguruskan produktiviti pasukan kerja dan amalan “Lima Ayat-ayat Cinta” sekeluarga.

 High Performance Team

High Performance Team merupakan satu program pembinaan pasukan (Team Building) yang bertujuan untuk  meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keperluan untuk berperanan secara lebih berkesan terhadap perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara saling melengkapi. Kursus ini diimplementasi berteraskan kepada adunan dinamik refleksi aktif dengan tindakan reflektif. Metodologi yang diaplikasi akan berfokus kepada keseimbangan aspek teori dan praktikal serta keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas berlandaskan kepada tujuh  faktor kritikal yang telah dikenal pasti.

Effective Supervisory

PROGRAM PEMBANGUNAN PENYELIAAN BERKESAN ini bertujuan untuk memantapkan keyakinan kepada penyelia-penyelia untuk menguruskan operasi pekerja bawahan agar mengikut “Standard Operating Procedures” dan kualiti kerja yang dipersetujui bersama.  Ia juga dapat memotivasi, mengurangkan stres dan memperkasakan pekerja-pekerja bawahannya sebagai satu PASUKAN yang mantap dan berterusan menambahbaiki perkhidmatan mereka.

Komunikasi Berkesan

PROGRAM KOMUNIKASI BERKESAN bertujuan untuk memantapkan keyakinan menerima mesej daripada pihak atasan dan menyampaikannya dengan berkesan kepada penerima bawahan. Ahli juga akan berbincang prinsip dan proses asas komunikasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya disamping mengenali perbezaan di antara lelaki dan wanita menyampai dan menerima sesuatu mesej.

Gender Intelligence

Kursus gender intelligence bertujuan untuk memahami gaya kepimpinan dan komunikasi ahli lelaki dan wanita dalam organisasi. Kursus ini juga akan menerokai perbezaan di antara lelaki memimpin dan wanita mengurus dan bagaimana peserta boleh memanfaatkan perbezaan ini kepada tahap yang maksimum produktivitinya. Perbincangan juga merangkumi keharmonian di rumahtangga suami isteri, kerana punca keceriaan pekerja adalah dari rumah.

 Pengurusan Stress

KENAPA PERLU MENGIKUTI KURSUS INI

1.Tekanan kerja yang meningkat
2.Tidak mampu menangani masalah peribadi & tempat kerja
3.Corak pemikiran yang sentiasa mengejar keselesaan hidup
4.Tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru
5.Tiada kemahiran secara teknikal cara menangani stress yang berkesan