Saifol Adli Ahmadan

 

Beliau merupakan Pengarah Urusan REBUTIA TRAINING & EVENT SDN BHD serta Perunding Kanan REBUTIA CORPORATION SDN BHD. Dilahir dan dibesarkan di Alor Setar kedah, anak pertama dari tujuh adik – beradik ini memulakan pengajian menengah di Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar, Alor Setar sehingga ke tingkatn lima sebelum melanjutkan pelajaran ke UTM, Skudai.. Bergiat aktif semasa mengikuti pengajian di UTM antaranya penasihat Projek Tunas Harapan & Majlis tertinggi Jawatankuasa Pelajar Kolej Tun Dr Ismail, Exco Persatuan Mahasiswa Islam UTM, AJK Majlis Perwakilan Pelajar dan perintis ‘Peer’s group Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar UTM.

 
Kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera di sebuah syarikat pembinaan terkemuka Johor Bahru selepas menamatkan pengajian di UTM di dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pada tahun 1987 beliau menyertai sebuah syarikat perundingan dan latihan di Johor yang banyak mengendalikan program bersama jabatan kerajaan, korporat, perkilangan dan pelajar.

 
Beliau juga terlibat secara langsung sebagai moderator dan fasilitator ‘ summer camp’ untuk pelajar daripada Singapura. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai pengarah syarikat Rebutia Learning Centre Sdn. Bhd. yang beroperasi di Gombak, Selangor. Antara bidang tugas beliau ialah merancang, membangun dan menguruskan sebuah kem Rebutia di Gombak, Selangor dan Pusat Latihan Air Hitam, Kluang, Johor sehingga 2006.

 
Saifol Adlie telah mengikuti program intensif ‘COACHING LIVING INTO THE GREATNESS WITH TWO METHOD, SEMINAR LAW OF ATTRACTION : MAGNET KEJAYAAN DAN ORGANISASI dan SEMINAR BERANI 2013. Merupakan ‘practitioner’ untuk The Attractor Factor (GOAL PRAYING) dan Spriritual Emotion Freedom Technic (SEFT). Beliau juga telah mengikuti program TRAIN THE TRAINER ‘MILLIONAIR BRAIN POWER’ dan RAHSIA OTAK KANAN oleh Kapten SAR (Navigator Otak Kanan) dari Indonesia dan dilantik sebagai Master Trainer untuk program Rahsia Otak Kanan oleh Akademi Frontline Malaysia.

 

Beliau juga terlibat sebagai jurulatih utama program PPRT anjuran KKLW, Program Kecemerlangan Kakitangan Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Team Building guru – guru MRSM, program Remaja Juvana, serta lain lain jabatan kerajaan dan bukan kerajaan .Beliau telah dilantik oleh Kolej Universiti Islam Selangor sebagai jurulatih bersama program SPICES anjuran kerajaan negeri Selangor. Merupakan jurulatih bersama kursus semangat pasukan untuk korporat dan bertindak sebagai Ketua Penyelaras untuk Pembangunan Modul dan Latihan.

 

Antara pengalaman beliau

SEKTOR KORPORAT
WEST PORT (M) SDN BHD, PRISM SECURITY MALAYSIA, Institut, Kecemerlangan MARA, Institut Penilaian Negara, YAYASAN AL – BUKHARY, Kementerian Kemajuan Luar Bandar (Selangor & Perak), Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Jabatan Bekalan Air Pahang, Syarikat Air Trengganu (SATU), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), MARA Negeri Perlis, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), MARA Negeri Kedah, Jabatan Zakat Negeri Kedah, POS Malaysia, Pejabat Daerah Larut Matang Selama, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Sekretariat Malaysia Prihatin (NGO naungan Tun Jeanne Abdullah), PROSTAR Malaysia dan lain – lain agensi

SEKTOR PENDIDIKAN
UTM, UTHM, UIA, UITM, KPTM, Kolej Komuniti Semalaysia, Sekolah berasrama penuh, MRSM, Sekolah bantuan kerajaan dan swasta, Rumah Tunas Bakti (Remaja Juvana), Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur (Rumah perlindungan)

LUAR NEGARA
Persatuan Pelajar Perubatan Moscow, Madrasah Al-Irsyad (Singapura), Madrasah Wak Tanjong (Singapura), Madrasah Al – Junid (Singapura), Ittihad Mahasiswa Pengajian Islam Antarabangsa Singapura, Nanyang Tecnological University Muslim Society Singapura, Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura