Rohaizan Ismail

Rohaizan bin Ismail merupakan teraju utama Rebutia Corporation Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi Utama. Kerjaya beliau bermula sebagai Eksekutif Pentadbiran Qaid Corporation Sdn. Bhd. di Skudai, Johor selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang kejuruteraan Kimia. Di peringkat Universiti, beliau bergiat aktif dengan program kemasyarakatan dengan terlibat secara langsung sebagai timbalan Presiden Kelab Kaunseling dan Kerjaya dan Timbalan Penyelaras PRS UTM.
Pengalaman mengendalikan program motivasi, khidmat masyarakat, TOT, bimbingan kerjaya, kepimpinan, latihan korporat semasa menjadi pelajar, akhirnya membuatkan beliau beralih bidang secara tetap apabila memulakan kerjaya pada tahun 2000. Pada Julai 2001 sehingga 2007, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dengan menyertai syarikat Rebutia Learning Centre Sdn. Bhd. dan diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting sebagai Penolong Pengurus, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Pemasaran, Pengurus Kem, Pengurus Projek dan juga sebagai Perunding Latihan.
Pada masa yang sama, beliau turut dilantik sebagai Jurulatih jemputan di NMS Top Consultant Sdn. Bhd yang terletak di Shah Alam, Selangor dan di Focus Learning Consulting Sdn. Bhd di Kelana Jaya, Selangor. Beliau sempat mengikuti kursus ‘Training Of Trainers’ (TOT) dan ‘Development of Human Capital (Trends and Learning Option)’. Bagi memberi fokus pada perundingan dan pembangunan kemanusiaan, beliau menubuhkan Rebutia Corporation Sdn. Bhd. (RCORP) yang mana sehingga kini telah mula di kenali di seluruh Malaysia dan Singapura.

Rohaizan, merupakan ‘practitioner’ untuk Inner Self Power basic and advance dan S.E.F.T. juga MIND POWER bersama navigator otak kanan. Sektor korporat beliau banyak mengendalikan latihan antaranya FELCRA BERHAD, Pejabat Tanah dan Galian, Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekretariat Malaysia Prihatin, PROSTAR MALAYSIA dan beberapa syarikat swasta.
Sektor pendidikan pula antaranya UIA, UITM, UTM, UKM, USIM, KPTM, UTHM, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, UMT, Sekolah Berasrama Penuh (SBP dan SBPI), MRSM, Sekolah Harian Menengah dan Rendah, Sekolah Antarabangsa, Sekolah Swasta, Madrasah Wak Tanjong dan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiyah, Singapura.
Beliau juga pernah dilantik mengendalikan kursus SPIES untuk Negeri Selangor bersama Kolej Universiti Islam Selangor

 

Fokus beliau di dalam bidang latihan pula meliputi motivasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran belajar dan pembangunan kemanusiaan