MOHD HUSNI BIN MOHD SAID

 

Beliau merupakan Pengarah Urusan Penolong Pendaftar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor serta Perunding REBUTIA CORPORATION SDN BHD. Dilahir di Pekan Baru dan dibesarkan di Raub, Pahang , anak pertama empat beradik ini memulakan pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Raub dan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang sebelum melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi.
Bergiat aktif semasa mengikuti pengajian di UTM antaranya sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP), UKM penasihat Projek Kem Motivasi Mahasiswa Fakulti & Jawatankuasa Exco Dakwah, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), AJK Majlis Perwakilan Pelajar dan AJK Kaunseling< badan Bimbingan dan Kaunseling, Kolej Ungku Omar UKM.
Kerjaya beliau bermula sebagai Eksekutif Pentadbiran di Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. Pada Januari 2006 selepas menamatkan pengajian di UKM dalam Ijazah Sarjana Muda Penttadbiran Perniagaan , pengkhususan Pemasaran. Setahun kemudian, beliau menyertai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebagai Eksekutif Pemasaran. Oleh kerana pengalaman beliau dalam bidang latihan juga, KUIS telah meminjamkan beliau sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk anak syarikat yang baru ditubuhkan pada 2011, KUISCELL Sdn. Bhd.

 

Syarikat penyediaan pengajian intensif, pendidikan hiliran serta perundingan dan latihan atas jenama KUIS. yang banyak mengendalikan program bersama jabatan kerajaan, korporat, perkilangan dan pelajar. Beliau juga terlibat secara langsung sebagai moderator dan fasilitator ‘ summer camp’ untuk pelajar Maldives, Hongkong dan Indonesia yang datang ke KUIS. daripada Singapura.

 

Antara bidang tugas beliau ialah merancang, membangun dan menjalankan program bagi pihak KUIS. Beliau juga bertanggungjawab dalam membawa Ustaz Don Daniyal daripada seorang pensyarah Tahfiz kepada Jurulatih sepenuh masa KUISCELL dan banyak memenuhi undangan korporat daripada bermacam agensi kerajaan dan swasta yang berminat menjemput ustaz Don.

 

Pada tahun 2013, beliau telah diminta kembali ke KUIS atas kapasiti sebagai ‘parent company’ untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Pembangunan Insan dan kini di Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS.

 

Beliau mula terlibat dalam bidang bimbingan dan latihan bermula dari pengalaman sebagai fasilitator Rebutia dari tahun 2002. Kini beliau banyak terlibat sebagai jurulatih dan penganjuran program untuk anak-anak kakitangan TNB, Petronas Fertilizer Kedah dan di sekolah-sekolah bersama KUISCELL dan Rebutia Corporation Sdn. Bhd.