IZZHAR NAZRI

 

AHMAD IZZHAR AHMAD NAZRI merupakan host bagi rancangan bual bicara Malaysia Hari ini (MHI) di TV3. Beliau juga adalah finalis rancangan realiti terbitan TV3, DA’I : Pendakwah Milenia yang mengcungkil bakat – bakat baru dalam seni berdakwah. Beliau telah mengharungi pelbagai cabaran serta dilatih oleh mereka yang arif dan pakar dalam bidang agama dan pengucapan awam sebelum berjaya melayakkan diri ke pentas akhir.

 

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas 2008/09 ini kini berada di tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah diangkat sebagai Ikon Belia Gombak.

 

Dipilih menjadi YDP Persatuan Psikologi UPSI (PSYCH) yang pertama di UPSI dan kini memegang jawatan sebagai Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UPSI 2013/14. Berkhidmat di syarikat perunding motivasi dan latihan, Rebutia Corporation Sdn. Bhd sebagai jurulatih dan perunding. Juga merupakan salah seorang alumni seminar “Law of Universal Attraction” (LUA), anjuran Attractive Learning & Consultancy.

 

Berpengalaman menjadi penceramah dan fasilitator di pelbagai peringkat termasuk sekolah rendah, menengah, MRSM, SPBI, Kolej Matrikulasi, IPTA/S serta luar negara. Turut juga diundang menjadi panelis dan moderator bagi program forum ilmiah berbentuk islamik.

 

ANTARA PENCAPAIAN DALAM BIDANG PENGUCAPAN AWAM (ORATOR):

  1. 10 Pemidato Terbaik (Top 10), pemilihan wakil Malaysia ke Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013.
  2. Johan, Pertandingan Pidato Kepenggunaan, Peringkat Negeri Perak 2013.
  3. Johan, Pertandingan Pidato Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPSI 2013.
  4. Johan, Pertandingan Pidato Integriti UPSI 2013.
  5. Johan, Syarahan Agama, Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) UPSI 2013.
  6. Johan, Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UPSI Kali ke-9, 2012.
  7. Johan, Pertandingan Debat KESZ, Kolej Za’ba, UPSI 2012.
  8. Johan, Forum Terbuka, Karnival Keindahan Islam, Kolej Za’ba, UPSI 2012.
  9. Johan, Malam Puisi Hari Terbuka Kolej Za’ba, UPSI 2013.
  10. Naib Johan, Malaysian Motivator Competition Intervarsity 1 Malaysia 2013.