Imam Muda Azhar

 

KHAIRUL AZHAR GHAZALI dilahirkan di Pokok Sena, Kedah pada tahun 1989. Mendapat pendidikan awal di Taski ABIM, Pengkalan Hulu Perak (1995) dan di Sekolah Kebangsaan PadangTembak, KualaKetil (1996–2001).

 

Meneroka bidang penghafazan Al–Quran dan Tarbiah Islamiah di beberapa ma’had, berakhir di Madrasah Nurul Islamiah, Charok Bakap (2002–2006). Kemudian meneruskan pengajian islam sistem zawiyah di Madrasah Zuhdiah, Thanawiah di Madrasah Misbah Al–Falah dibawah seliaan IAIN (1996–2001). Kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Dakwah wal Imamahdi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

 

Diatas semangat kecintaannya pada Islam, sekarang beliau bersama rakan–rakan sedang membangunkan Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al Quran berkonsepkan ‘Taman Istiehat) iaitu Teratak Ilmu Haji Abdul Majid di Kuala Ketil, Kedah.

 

PENCAPAIAN & KERJAYA
IM Azhar merupakan bekas peserta rancangan Imam Muda musim pertama yang telah diterbitkan oleh ASTO OASIS (2010). Selepas tamat mengikuti rancangan tersebut beliau telah menerima banyak undangan berceramah dan sesi perkongsian ilmu dengan seluruh lapisan masyarakat di Malaysia termasuk remaja dan belia sehingga kini.
Beliau merupakan Pengarah Urusan Teratak Progresif Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan Trading (jualan), Traning & Islamic Event (program motivasi, ilmiah dan majlis ilmu) serta pelancongan.
Merupakan pengacara Khabar Haji (2010 & 2011), Jemputan Umrah (2011), Naqib Imam Muda (2013) dan Pengacara Rancangan Anugerah Ilahi (2013) di saluran Astro Oasis 106.

 

Selain terlibat dibidang pengacaraan beliau juga terlibat dibelakang tabir sebagai penyunting dan juga pembantu penerbitan disamping turut mengisi ruang slot radio. Beliau juga merupakan jurucakap bagi produk kesihatan
Antara anugerah yang diterima di peringkat sekolah ialah

  1. Anugerah tokoh Pelajar Cemerlang diperingkat Institut Hifzul Quran.
  2. Naib Johan Hafazan Al-Quran peringkat negeri Kedah.
  3. Tokoh Pidato Pelajar (Maulidur Rasul) 2007, 2008, 2009