ISTIMEWA DA’I IZZHAR KE MRSM

Dai-Izzhar-ke-MRSM (1)
Da’i Izzhar Nazri merupakan pelajar MRSM Ulul Albab Kepala Batas (2008/09). Beliau telah dianugerahkan Tokoh Sahsiah diatas faktor keperibadian serta hubungan baiknya dengan guru dan kawan disamping kecemerlangan akademik semasa menuntut di maktab tersebut.

‘DA’I IZZHAR ke MRSM’ merupakan program Sirih Pulang ke Ganggang dimana beliau akan berkongsi pengalaman sepanjang menuntut ilmu di MRSM disamping modul HIT (HIGH IMPACT TEEN).

Antara lain fokus modul ialah
1. ART OF INTERPERSONAL SKILLS :Bagimana untuk membina pengaruh dan menjadi individu yang disayangi oleh guru & rakan- rakan
2. ART OF SPEAK WITH IMPACT : Bagaimana untuk berkomunikasi dengan yakin dan berkesan dihadapan orang
3. ART OF INSPIRE PEOPLE : Bagaimana menjadi ikon dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi perunding kami di talian
03 – 6189 0866(PEJABAT)
010 – 5033 876
019 – 7682 271

SAFOL ADLIE AHMADAN Kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera Awam selepas menamatkan pengajian di UTM, Skudai sebelum menumpukan perhatian sepenuh masa di dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri latihan beliau telah banyak mengendalikan program disemua peringkat meliputi sektor pendidikan mahupun korporat dalam dan luar negeri (Singapura) Beliau telah mengikuti program intensif ‘Coaching Living Into The Greatness With Two Method, Seminar Law Of Attraction : Magnet Kejayaan Dan OrganisasI dan Seminar Berani 2013. Beliau juga telah mengikuti program kejurulatihan Evolusi Gempak dan Train The Trainer Rahsia Otak Kanan merupakan ‘practitioner’ untuk the attractor Factor (Goal Praying) Dan Spriritual Emotion Freedom Technic (SEFT). Beliau juga terlibat sebagai jurulatih utama program PPRT anjuran KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH, Program Kecemerlangan Pelajar anjuran SEKRETARIAT MALAYSIA PRIHATIN (NGO NAUNGAN TUN JEANNE ABDULLAH), Program Kecemerlangan Kakitangan INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA, Team Building guru - guru MRSM, program Remaja Juvana JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, serta lain lain jabatan kerajaan dan bukan kerajaan. Beliau telah dilantik oleh Kolej Universiti Islam Selangor sebagai jurulatih bersama program SPICES anjuran kerajaan negeri Selangor.

View all contributions by

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment