Antara produk yang kami tawarkan untuk sekolah dan IPT.
Explorasi Otak Kanan (*Pilihan Ramai)
Program ini direka bentuk khusus untuk melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing, sentiasa berfikiran positif dan kreatif melalui tindakan yang proaktif dan berinovasi dalam kehidupan seharian. Mengikut kajian dan fakta terkini, 80% sumber SUKSES dan kejayaan dalam persaingan kehidupan masa kini adalah ditentukan oleh otak kanan. Sayangnya manusia rata-rata dominan menggunakan otak kiri. Para peserta akan dilatih mengaktifkan otak kanan bagi tujuan merangsang serta memudahkan teknik berfikir dan belajar dengan lebih berkesan.
Leader A Team
PROGRAM LEADER A TEAM adalah satu program kemahiran kepimpinan pelajar. Para pelajar akan dilatih dengan kemahiran dan nilai yang penting sebagai seorang pemimpin pelajar. FAEDAH YANG DIPEROLEHI PESERTA:
KEYAKINAN DIRI
KETRAMPILAN DIRI
KOMITMEN TUGAS
KOMUNIKASI SYURA
TANGGUNGJAWAB
IMEJ PASUKAN
BERI DAN TERIMA
PENGHARGAAN DIRI & KUMPULAN
Satu Pasukan
KENAPA PROGRAM INI PERLU DIHADIRI:
Kurang kebolehan memenuhi karenah ahli pasukan
Kurang hormat kepada orang atasan
Jurang antara visi & misi organisasi dan kemahiran ahli
Tiada sepakatan
Mahu arahan dipatuhi tetapi tidak diberi hak memimpin
Kerja ala kadar, asalkan siap
Pegurusan masa dan disiplin diri
Suka komen kerja orang lain, kerja sendiri tak siap
Hebat : Explorasi Potensi Diri
HEBAT: EXPLORASI POTENSI DIRI adalah program mengcungkil potensi diri pelajar secara optimum. Ianya dilaksanakan untuk pembinaan kendiri unggul dan penekanan utama ialah betapa peri pentingnya jati diri dan nilai positif didalam diri. Melalui program ini peserta akan lebih bersemangat dalam menghadapi apa juga halangan dan lebih efektif dalam melaksanakan tugasan serta melahirkan pelajar cemerlang yang memiliki jati diri yang kuat dan hebat. Melalui kepentingan MINDSET serta keperluan membuat anjakan melalui berfikir diluar kotak, para peserta akan dilatih untuk mengcungkil potensi diri secara optimum dan menyeluruh.
Super Technic
Program “SUPERTECHNIC: Study with Skill” merupakan gabungan program kemahiran belajar strategik dan motivasi jati diri bagi memberi persediaan yang maksimum semua pelajar sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Melalui program yang disediakan ia akan dapat menghasilkan pelajar yang bermotivasi serta mempunyai semangat yang konsisten sehingga hari peperikaan. Para pelajar akan dilatih secara praktikal melalui adaptasi pembelajaran yang menyeronokkan, TERKINI serta MUDAH DIFAHAMI.
2MM : Transformasi Diri
2MM: TRANSFORMASI DIRI adalah program yang dilaksanakan untuk pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Setiap individu mempunyai potensi yang sama hebat. Apa yang membezakan mereka ialah latar belakang kehidupan dan bagaimana mereka dididik. Berilah peluang kepada mereka untuk membuktikan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan. Di dalam program ini para peserta akan dilatih untuk mempunyai jati diri dan nilai positif di dalam diri. Pendekatan yang digunakan ialah melalui pendekatan dinamik dan aktiviti luar (outdoor) untuk memberi kesan yang lebih optimum.
Train the Trainer
FAEDAH YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR:
Membina keyakinan dikhalayak ramai
Memahami teknik “rapo” dengan rakan
Mempraktikan kemahiran berinteraksi
Dapat mengendalikan kumpulan perbincangan
Semangat Bantu diri untuk bantu orang lain
Meningkatkan keterampilan diri
Seminar Sehari
MODUL KEMAHIRAN BELAJAR:
BENGKEL KEMAHIRAN OTAK KANAN
BENGKEL SISTEM BELAJAR
BENGKEL ULANGKAJI EFEKTIF
BENGKEL MEMBINA NOTA MUDAH & BERKESAN
BENGKEL PETA MINDA
BENGKEL PENGURUSAN MASA
BENGKEL MEMORI UNGGUL
BENGKEL PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN
BENGKEL STUDY GROUP MODUL MOTIVASI & KEPIMPINAN
BENGKEL KEMAHIRAN KEPIMPINAN
BENGKEL KEMAHIRAN INTERPERSONAL
BENGKEL KETERAMPILAN DIRI
BENGKEL PENYELESAIAN KONFLIK & PEMBUATAN KEPUTUSAN
BENGKEL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
BENGKEL KOMUNIKASI PEMIMPIN
BENGKEL KERJA BERPASUKAN (TEAMBUILDING)
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM
BENGKEL KERJAYA & PENULISAN RESUME













Comments Closed