Senarai Produk

Antara produk yang kami tawarkan terbahagi kepada dua, produk korporat dan produk untuk sekolah dan IPT.

Produk Korporat :

Amalan Budaya Cemerlang

Kelebihan kursus ini ialah fokus kepada membentuk sikap positif dan proaktif melalui simulasi-simulasi yang amat releven dengan cabaran tempat kerja dan di rumah. Menghormati dan menafaatkan perbezaan motif individu, amalan bersyura, komunikasi terbuka, pengorbanan hubungan “win-win” ketua dan warga kerja, perbezaan lelaki (memimpin) dan wanita (mengurus), menguruskan produktiviti pasukan kerja dan amalan “Lima Ayat-ayat Cinta” sekeluarga..

 High Performance Team

High Performance Team merupakan satu program pembinaan pasukan (Team Building) yang bertujuan untuk  meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keperluan untuk berperanan secara lebih berkesan terhadap perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara saling melengkapi. Kursus ini diimplementasi berteraskan kepada adunan dinamik refleksi aktif dengan tindakan reflektif. Metodologi yang diapplikasi akan berfokus kepada keseimbangan aspek teori dan praktikal serta keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas berlandaskan kepada tujuh  faktor kritikal yang telah dikenal pasti.

Effective Supervisory

PROGRAM PEMBANGUNAN PENYELIAAN BERKESAN ini bertujuan untuk memantapkan keyakinan kepada penyelia-penyelia untuk menguruskan operasi pekerja bawahan agar mengikut “Standard Operating Procedures” dan kualiti kerja yang dipersetujui bersama.  Ia juga dapat memotivasi, mengurangkan stres dan memperkasakan pekerja-pekerja bawahannya sebagai satu PASUKAN yang mantap dan berterusan menambahbaiki perkhidmatan mereka.

Komunikasi Berkesan

PROGRAM KOMUNIKASI BERKESAN bertujuan untuk memantapkan keyakinan menerima mesej daripada pihak atasan dan menyampaikannya dengan berkesan kepada penerima bawahan. Ahli juga akan berbincang prinsip dan proses asas komunikasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya disamping mengenali perbezaan di antara lelaki dan wanita menyampai dan menerima sesuatu mesej.

Gender Intelligence

Kursus gender intelligence bertujuan untuk memahami gaya kepimpinan dan komunikasi ahli lelaki dan wanita dalam organisasi.. Kursus ini juga akan menerokai perbezaan di antara lelaki memimpin dan wanita mengurus dan bagaimana peserta boleh memanfaatkan perbezaan ini kepada tahap yang maksimum produktivitinya. Perbincangan juga merangkumi keharmonian di rumahtangga suami isteri, kerana punca keceriaan pekerja adalah dari rumah.

 Pengurusan Stress

KENAPA PERLU MENGIKUTI KURSUS INI

1.Tekanan kerja yang meningkat
2.Tidak mampu menangani masalah peribadi & tempat kerja
3.Corak pemikiran yang sentiasa mengejar keselesaan hidup
4.Tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru
5.Tiada kemahiran secara teknikal cara menangani stress yang berkesan

Produk Sekolah dan IPT

Satu Pasukan

Program S.A.TU PASUKAN merupakan program  Kepimpinan Pelajar yang menjana keupayaan suatu  kumpulan ke arah kecemerlangan organisasi. Matlamat asal program ini adalah untuk menghasilkan pemimpin pelajar yang bermotivasi serta mempunyai semangat kerja sebagai satu pasukan agar senario kerja menjadi lebih harmoni dan produktif.

Hebat : Explorasi Potensi Diri

HEBAT : EXPLORASI POTENSI DIRI adalah program mengcungkil potensi diri pelajar secara optimum. Ianya dilaksanakan untuk pembinaan kendiri unggul dan penekanan utama ialah betapa peri pentingnya jati diri dan nilai positif di dalam diri.  Antara modul yng akan disampaikan ialah  INNERSELF POWER, BRAIN GYM, Jadilah Pro Aktif, Ubah Gaya Fikir, Pilihan & Akibat &  Diri Yang Baru

Super Technic

Program “SUPER TECHNIC : Study with Skill” merupakan gabungan program kemahiran belajar strategik dan motivasi jatidiri bagi memberi persediaan yang maksimum semua pelajar sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Melalui program susulan yang disediakan adalah dapat menghasilkan pelajar yang bermotivasi serta mempunyai semangat yang konsisten sehingga hari peperiksaan

2MM : Transformasi Diri

2MM : TRANSFORMASI DIRI  adalah program yang dilaksanakan untuk mereka yang mempunyai masalah disiplin. Penekanan utama ialah betapa peri pentingnya jati diri dan nilai positif di dalam diri.  Antara modul yang akan dilaksanakan ialah MIND SET & HUKUM TARIKAN, HIJRAH IKHLAS REDHA & PASRAH, JADILAH PROAKTIF,, EMOSI & KONFLIK, MOMENTUM DIRI, DIRI YANG BARU & SURAT NIAT


Train the Trainer

TRAIN THE TRAINER merupakan program pendedahan kejurulatihan bagi fasilitator mahupun Pembimbing rakan sebaya (PRS). Di dalam program ini para pelajar didedahkan teknik asas membina hubungan antara rakan dan komunikasi berkesan.  Antara faedah yang diperolehi oleh peserta ialah dapt membina keyakinan di khalayak ramai, memahami teknik ‘rapo’ dengan rakan, mempraktikan kemahiran berinteraksi, dapat mengendalikan kumpulan perbincangan dan semangat ‘Bantu diri untuk bantu orang lain

Seminar Sehari

 SEMINAR sehari merupakan bengkel Motivasi, Kepimpinan & kemahiran  belaja yang berkesan. Ianya di jalankan secara praktikal dan para pelajar boleh memperbaiki hasil kerja. Bimbingan peribadi adalah diutamakan.

Comments Closed

  1. Kami berlapang dada menerima apa jua komen dan pertanyaan dari anda sama ada berkaitan pakej program dan lain-lain produk yang kami sediakan..

Pengiklanan

Servis Design Page Facebook

Email Us