Mohd Nasri A. Manan

Beliau merupakan perunding kanan untuk kegiatan luar Rebutia. Kerjaya beliau bermula sebagai penolong jurulatih kecergasan fizikal untuk pasukan bola sepak Selangor selepas menamatkan pelajaran di dalam ijazah Sarjana Muda Elektronik perubatan, UTM Skudai dan Diploma Pengajian Sukan, UiTM Shah Alam.

 

Belaiu meneruskan kerjaya sebagai jurulatih gym di Kuala Lumpur Golf and Country Club dan melibatkan diri sebagai jurulatih dan fasilitator sambilan beberapa syarikat perunding latihan lain seperti QC Sdn. Bhd., NMS Top Consultant Sdn. Bhd., Harmoni Az-Zaharah Consultant dan MMD Training And Consulting. Beliau juga adalah jurulatih Kegiatan Rekreasi Luar Tahap 1 dan 2 ( Daerah dan Negeri )

 

Beliau juga mengikuti kursus-kursus pendek seperti Sport Massage, C.P.R Training, Life Guard Training and Test dan International Life Saving Training and Test. Pengalamannya di dalam bidang kegiatan luar seperti pendakian Gunung Kosciuszko (Australia), Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Korbu, Gunung Gayung, Gunung Yong Yap, Gunung Chali Pondok, Gunung Irau, Gunung Stong, Gunung Berinchang, menyertai Kayak Regatta Kenyir, Ekspedisi Kayak dari Kuala Ibai ke Pulau Kapas, Ekspedisi Berakit dari Kuala Kangsar ke Pasir Salak dan Cabaran Nigiri. Beliau terlibat secara langsung dalam membuat persiapan untuk persediaan pasukan negara mendaki Gunung Everest pada tahun 2007.

 

Kepakarannya di dalam bidang rekreasi akan dimanfaatkan sepenuhnya ketika bergabung dengan jurulatih-jurulatih yang lain bagi memberikan impak yang besar terhadap keberkesanan program-program latihan termasuk semangat pasukan, kepimpinan dan motivasi.

Comments Closed

  1. Kami berlapang dada menerima apa jua komen dan pertanyaan dari anda sama ada berkaitan pakej program dan lain-lain produk yang kami sediakan..

Pengiklanan

Servis Design Page Facebook

Email Us