Mohd Faizul Ikhwan Erusan

Memulakan kerjaya sebagai Pen. Pengurus Pembangunaan Perniagaan di Info Tech Training & Consultancy ( Sri Sekamat Group of Companies ). Menyedari kemampuan dan potensi beliau dalam bidang pemasaran dan jualan, beliau kemudiannya ditawarkan sebagai Pengurus Pemasaran di Rawang Development Sdn. Bhd. Beliau bertanggungjawab mengetuai sebuah jabatan baru dalam merangka strategik pemasaran sehingga ke jualan sepenuhnya termasuk menguruskan pekerja. Pada masa yang sama juga, beliau merupakan Jurulatih Kegiatan Rekreasi Luar Tahap 2 Peringkat Negeri ( Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ), semasa memegang jawatan tersebut beliau sentiasa mendapat panggilan dari organisasi kerajaan, swasta dan Ngo dalam mengendalikan pelbagai aktiviti latihan Rekreasi luar di peringkat kebangsaan secara sambilan.

 

Kerana minat yang mendalam dalam pembangunan insan, beliau, kemudiannya menyertai sebuah syarikat Latihan Pembangunan Sumber Manusia, Focus Learning Corporation Sdn. Bhd., sebagai Trainer, bagi merealisasikan impian beliau untuk menjadi seorang Jururunding Pakar (Pembangunan Sumber Manusia). Sepanjang perkhidmatan, beliau telah ditugaskan untuk berurusan dengan pelbagai pelanggan dari sektor Kerajaan, Perkilangan, Swasta, Badan Berkanun dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara.

 

Pengalaman menjalankan kaji selidik, perundingan dan penyelidikan mengenai masalah pekerja di pelbagai peringkat umur dan jawatan serta industri yang berbeza-beza memberi nilai tambah kepada profesionnya sebagai jururunding. Manakala pengendalian latihan selama lebih dari 10,000 jam latihan kepada 30 ribu orang peserta dari seluruh malaysia serta singapura selama lebih 10 tahun telah menjadikan beliau seorang Jururunding yang mampu ketengahkan modul yang realistic dengan kehendak pelanggan. Mohd Faizul yang memegang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik juga pernah menghadiri pelbagai kursus Pembangunan Sumber Manusia seperti Unleash The Power Within ( Anthony Robbin) di Singapore, Neuro Linguistic Programming (NLP) Workshop ( Barney Wee), Take Control of You Financial Future ( Robert Kiyosaki ), The Success Principles ( Jack Canfield – Chicken Soup for the Soul ) dan lain-lain lagi. Beliau juga kini diiktiraf sebagai NLP Practitioner oleh National Federation of Neurolinguistic Psychology (USA) dan telah menjalani Kursus Trainers Certification Program (TTT) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad .

 

Beliau juga pernah berkhidmat dengan Kem Remaja Utusan Melayu KembaraAlam Venture, Business Intervention System, RegatCorp, Pro Mission Consultant, Paximage Sdn. Bhd., MMS Consultants, KGC Corporation, Anggerik Persona dan Precession Learning. Di antara program/khusus yang menjadi pengkhususan beliau ialah Pembangunan Ahli Pasukan, Pembangunan Diri, Kebijaksaan Kewangan dan Kemahiran Komunikasi.

Comments Closed

  1. Kami berlapang dada menerima apa jua komen dan pertanyaan dari anda sama ada berkaitan pakej program dan lain-lain produk yang kami sediakan..

Pengiklanan

Servis Design Page Facebook

Email Us