Syarikat kami terdiri daripada individu yang berkemahiran tinggi dalam bidang mereka.
Rohaizan Ismail

Rohaizan bin Ismail merupakan teraju utama Rebutia Corporation Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi Utama. Kerjaya beliau bermula sebagai Eksekutif Pentadbiran Qaid Corporation Sdn. Bhd. di Skudai, Johor selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang kejuruteraan Kimia. (baca lagi..)
Saifol Adli

Beliau merupakan Pengarah Urusanmerangkap jurulatih Rebutia Training & Event Sdn. Bhd. Memulakan kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera di sebuah syarikat pembinaan terkemuka Johor Bahru selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang Kejuruteraan Awam. Bergiat aktif semasa mengikuti pengajian di UTM antaranya penasihat Projek Tunas Harapan & Majlis tertinggi Jawatankuasa Pelajar Kolej Tun Dr Ismail, Exco Persatua n Mahasiswa Islam UTM, AJK Majlis Perwakilan Pelajar dan perintis ‘Peer’s group Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar UTM. (baca lagi..)
Mohd Faizul Ikhwan Erusan

Memulakan kerjaya sebagai Pen. Pengurus Pembangunaan Perniagaan di Info Tech Training & Consultancy ( Sri Sekamat Group of Companies ). Menyedari kemampuan dan potensi beliau dalam bidang pemasaran dan jualan, beliau kemudiannya ditawarkan sebagai Pengurus Pemasaran di Rawang Development Sdn. Bhd. Beliau bertanggungjawab mengetuai sebuah jabatan baru dalam merangka strategik pemasaran sehingga ke jualan sepenuhnya termasuk menguruskan pekerja. Pada masa yang sama juga, beliau merupakan Jurulatih Kegiatan Rekreasi Luar Tahap 2 Peringkat Negeri ( Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ), semasa memegang jawatan tersebut beliau sentiasa mendapat panggilan dari organisasi kerajaan, swasta dan Ngo dalam mengendalikan pelbagai aktiviti latihan Rekreasi luar di peringkat kebangsaan secara sambilan. (baca lagi..)
Mohd Nasri A. Manan

Beliau merupakan perunding kanan untuk kegiatan luar Rebutia. Kerjaya beliau bermula sebagai penolong jurulatih kecergasan fizikal untuk pasukan bola sepak Selangor selepas menamatkan pelajaran di dalam ijazah Sarjana Muda Elektronik perubatan, UTM Skudai dan Diploma Pengajian Sukan, UiTM Shah Alam. (baca lagi..)
Norehah Bt Bachok

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
- Sarjana Pendidikan(Ms. Edu), UKM - Bimbingan & Kaunseling
- Sarjana Muda (B. Sc. Hons), UTM – Sains Komputer
- Dip. Lanjutan Pendidikan, UTM -Pendidikan Komputer & Matematik
- Diploma, IPIS – Bimbingan kaunselin Islam (baca lagi..)
Ahmad Shafiai Bin Uda Jaafar






Comments Closed