Komitmen Kami

Kejayaan dan kemajuan REBUTIA CORPORATION SDN BHD dalam bidang latihan & konsultan disokong oleh nilai-nilai dan budaya korporat yang unggul dan sentiasa dipelihara dalam berurusan dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga dan pihak kerajaan.

KERJA BERPASUKAN DAN BERKEMAHIRAN

Setiap program dikendalikan oleh sebuah pasukan yang terlatih, terdiri daripada jurulatih, penolong jurulatih, krew dan fasilitator yang berpengalaman.

Peserta pula akan didedahkan dengan pelbagai gaya pendekatan oleh fasilitator yang berlainan kepakaran dan skil.

PERSEMBAHAN YANG DINAMIK

Kami menggunakan persembahan yang dinamik untuk menarik perhatian peserta bagi memastikan proses bimbingan dan pengajaran berjalan lebih lancar dan mudah diterima.

MODUL YANG SESUAI

Modul akan dirangka dan dicipta berdasarkan permintaan dan keperluan pelanggan. Formula modul tersebut akan dibuat seperti berikut :

a) melalui perbincangan dengan pelanggan

b) melalui penyelidikan, kehendak dan kesesuaian peserta sesuatu modul

KOMITMEN BERTERUSAN

Komitmen kami tidak berhenti setakat semasa program sahaja. Kami akan mengadakan program susulan dengan peserta untuk melihat sejauh mana keberkesanan program yang dijalankan dalam tempoh masa yang dipersetujui.

Comments Closed

  1. Kami berlapang dada menerima apa jua komen dan pertanyaan dari anda sama ada berkaitan pakej program dan lain-lain produk yang kami sediakan..

Pengiklanan

Servis Design Page Facebook

Email Us